Rabu, 6 November 2013

Jawapan sebuah doa..


Bismillahirrahmanirrahim..
 
I'm not demanding for a perfect one
I want someone who is afraid to lose me
Someone who is trying its best
to secure their imperfection
Cause I'm also trying
fighting for every single weak point
in me.. 



I do believe the power of doa'. Tapi dulu aku suka mintak yang spesifik@khusus. Tapi now aku akan mintak doa secara random. Aku lebih suka meminta yang terbaik sebab aku dah cukup dewasa untuk lalui ujian hidup ni. Insya ALLAH.
Semoga dengan ujian tu semua buat aku lebih kuat. 

Terima kasih kepada semua..
yang ajar aku erti tegar..

Semoga aku temui jawapan bagi sebuah doa ini..
Aminnn... (:
  

 

Sabtu, 19 Oktober 2013

Serpihan Luka Itu Boleh Sembuh..



 Ada hubungan yang tak retak,
tapi perlu diperbaiki..
 
Ada hubungan yang retak,
Tapi tak perlu diperbaiki..
 
Kerana,
serpihannya hanya akan melukakan diri,
lagi dan lagi.. 
 
"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 
 
Waktu petang hujan macam ni sementara tunggu mahgrib menjengah.. Aku duduk bersandar kat dinding dan merenung ke syiling. Tidak mahu air mata menitis lagi tapi aku pun manusia biasa. Berkata dalam diri. Let's time heals everything ainey. " One day, kau takkan ada masa pun nak layan perasaan macam ni, menangislah! Bisik hati kecil. 
 
Dulu, aku memahami perceraian adalah hal yang negatif secara mutlak. Bercerai? Kenapa bercerai?

Tetapi dengan pengalaman dan usia yang bertambah ini, aku makin faham bahawa hidup ini tidak selalu berakhir dengan episod hidup yang kita inginkan.

Perceraian bukanlah perkara yang negatif atau buruk seluruhnya.

Perceraian itu, sama ada positif atau negatif, sangat bergantung kepada respon/tindakan insan yang diuji. Bagaimana dia bersikap menghadapi perceraian, bagaimana mahu berusaha, redha dan menerima, mengambil pelajaran dan bangun memulakan hidup baru.
 
 
Perceraian adalah jalan terakhir. Pilihan terakhir setelah semua pintu tertutup untuk hidup bersama. Mudarat melampaui menfaat. Agar diri tidak terus dizalimi dan menzalimi pasangan.
 
Ya, ia sakit. Sangat sakit. Apatah lagi bila kita dah cukup  berusaha dalam perkahwinan tu. Perceraian sangat menyakitkan waktu ia berlaku. Antara ujian paling menyedihkan untuk kehidupan insan. Setiap kita apabila berkahwin, dengan harapan mendalam agar ia berterusan selamanya, sebagai suami isteri ke syurga bersama.
 
Namun tatkala diuji dengan perpisahan, ingatlah bahawa ketetapan ALLAH itu ada banyak kebaikan darinya. Duka itu akan terhapus jugak. Insya Allah. Yakin.
 
Akan ada ruang dan peluang untuk bertemu insan yang lebih baik. Dan diri kita sendiri akan menjadi suami/isteri yang lebih baik dari sebelumnya insyaALLAH. Akan berpeluang melalui kehidupan berumahtangga yang lebih bahagia dari sebelumnya. Sabar dan percaya pada ALLAH lah yang mampu mengubat segala.  
 
Akan ada kehidupan lebih baik yang ALLAH gantikan. Sucikan hati.
 
Assalamualaikum.. :) 
 
 
 
 
 
  

Selasa, 1 Oktober 2013

SABAR..


                      Allah SWT tak pernah menjanjikan bahawa langit akan selalu biru
Bunga akan selalu mekar
Dan mentari selalu bersinar
 
Tetapi ketahuilah bahawa Allah swt
selalu memberi pelangi sesudah badai
Barakah di setiap ujian
Dan jawapan di setiap doa
 
 
  Kita masing masing ada ujian tersendiri yang Allah berikan . Memang irritating bila orang suruh kita sabar saat kita sedang dalam masalah .Tapi, korang tau tak?
 
" Apabila kita berada dalam keadaan yang tidak kita senangi , hendaklah kita sabar dan solat " - Al-Baqarah . 
 
The way to turn to Allah is too simple and easy sampaikan kita selalu terlupa untuk selalu bersabar.
 
Percayalah yang setiap satu ujian tu takkan berpanjangan, melainkan kita yang pilih untuk kekal dalamnya tanpa cari jalan penyelesaian.
 
Insya Allah, bila tujuan kerana Allah :) 
 
Hanya dengan mengharapkan syurga
dan mengingatkan diri
semua ujian tu cukup buat kita redha
dunia ini bukan tempat bersuka ria
melainkan tempat sakit, demi menuju kepadaNya.

Allah itu lebih daripada cukup.

Assalamualaikum :)
 

Senyum walau apa pun ujian kita.. :)
 

Isnin, 30 September 2013

Kisah..

 
 
Melihat kematangan yang tumbuh dalam dirimu ,
aku cemburu ,
 
Mengetahui siapa yang selalu kau ingat dalam sujudmu ,
aku cemburu .
 
" Looking good is the best revenge ,
kill your enemy with smile " :)
 
Jadi wanita solehah yang pakej !
Cantik , baik , kaya , pandai .
 
---------------------------------------
 
Masih bernafas sehingga hari ini , alhamdulillah . Mengenangkan semua nikmat yang Allah bagi kat kita tak putus putus , buatkan aku rasa malu nak merintih mengadu soal perasaan yang tak seberapa .


Aku cuba buang segala galanya tentang dirimu .
  Tapi , rupa rupanya..
Yang takutkan kisah silam berulang lagi
cuma aku!
 
 
 
 
 

Jumaat, 20 September 2013

Fruit Salad in d House.. :)


Salam. Hi. Moga korang semua dalam keadaan yang baik-baik. Masa berblog ni aku ada kat Batu Gajah untuk Kem Kepimpinan Kelab Rukun Negara bawah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan JPN Perak. Sementara budak-budak ni tengah dengar ceramah, sempatlah aku menaip kejap. :)


Ok. Saja nak share pasal feveret makanan aku. Memang ada kenangan dan ada cerita. Aku tau pasal makanan ni pun masa zaman aku matrik kat kuala nerang dulu. Kitorang dulu masa kat matrik kan makan kat dewan makan. Sebab aku kolej mara. Maka, makanan kitorang disediakan. Makan 6x sehari kot. Tak macam budak matrik lain yang bawah KPM. Serius memang aku start gomok mase matrik sebab makan best and banyak. Just imagine.. untuk supper kitaorang makan daging burger, fries, laksa. Mau x menternak lemak. Haha.


Masa kitorang makan tengah hari dan malam. Mesti kitorang akan dapat fruit. Biasalah.. epal.. oren.. pear.. kitorang pulak hari-hari macam dah x lalu nak makan fruits tu begitu saja. Maka, kitaorang pun mulalah mengumpul fruits ni semua untuk dibuat fruit salad. Kawan aku pun beli mayonis yang untuk fruit salad. Kitorang potong dadu setiap fruit 2 then cuci dengan air sejuk dekat water cooler supaya fruits tu ada feeling-feeling sejuk and fresh. Last sekali, letak mayonis and gaulkan.. Rasa dia memang yummy!!!
 
 
Sebab teringat kenangan tu, aku pun merajinkan diri pegi beli fruits and buat. As easy as ABC je.. Hehe.. Bawak pegi sekolah, habis jugak aku makan. Termasuk budak-budak yang datang bilik kaunseling aku. Budak-budak ni memang. Siap request nak lagi. Wow sangat korang. Hehe. Termengumpat plak korang. Adehhhhhh... Haha.
 
 
Lets pics talk.. :)











Ok. Bye!! 
 
 
 

Isnin, 9 September 2013

I really need a vacation.... please!!!


Salam. Korang. Kali ni xde apa pun yang nak membebel panjang lebar. Cuma nak bagitau dah lama x pergi bercuti. Huhu. Teringinnya nak jalan jauh2 sikit. Tempat x pernah pergi lagi ke. Rindu nak pergi bercuti. Uwaaaaaa. Serius rindu ok. Itu je. Tak sempat nak menaip panjang lebar sebab keje banyak sekarang. Bye!


Isnin, 19 Ogos 2013

Mencari Pemimpin Rumahtangga..


Assalamualaikum. Lama rasanya jari ni tak menaip kat ruangan blog. Kena tunggu mood berangan sampai agaknya. Heeeee.. Ok. Kali ni nak share tentang mencari pemimpin rumahtangga. Bukan apa, lepas raya ni pun ramai kawan-kawan yang berkahwin. Rasanya hujung tahun ni pun penuh dengan jemputan walimah kawan-kawan. Jom ada sedikit perkara nak share..

Untuk kawan-kawan yang mencari dan memilih jodoh, sebelum kita mengharap muncul calon yang baik menjadi teman hidup, jadikanlah diri kita calon suami atau isteri yang baik di mata Allah.

Allah pasti bagi jodoh terbaik untuk kita, setelah kita berusaha jadi insan yang baik baik..  Kan? :)

Lagi satu, andai perasaan kita hanya berputar pada orbit cinta suami, cinta lelaki tanpa orientasi cinta tuhan agaknya mesti serabut perjalanan perasaan... Kan?:)

Kahwin bukan pil ajaib memudahkan jalan hidup kita dan menyelesaikan keserabutan perasaan kita kalau perasaan kita ini tak pernah rasa tenang dengan merasa kedekatan Allah. Sangat serabut jika tak menyedari tujuan kita diciptakan.

Kahwin dengan orang yang kita meluap rasa cinta tak akan bukakan pintu bahagia malah mungkin buka pintu derita seterusnya kalau kita tak pernah rasa erti cinta kerana Allah, memberi kerana Allah, dan berkongsi kerana Allah...

MOga Allah bantu saya dan kita mengecapi kemanisan iman. Antaranya mencintai seseorang hanya kerana Allah. Jadi, dengan kemanisan itulah kita mampu merasai kemanisan hidup dalam ujian susah senang yang ALLAH pergilirkan dalam kehidupan kita.





love: aineymell 

Sabtu, 18 Mei 2013

Resepi Begedil Daging


Assalamualaikum. Salam hari ahad. Hehe. Sebelum aku bersiap-siap nak pergi kenduri kawen kejap lagi, meh aku nak share 1 resepi yang aku buat dengan member aku. Haha. Jangan x percaya ye atau ingat korang tersalah baca blog. Ye.. ni blog aku. Tau la x penah-penah aku share resepi tetibe hari ni terkongsi la pulak kan. Hehe.. (^_^)
 
OK, tanpa buang masa. Mari aku tunjukkan dulu bahan-bahan masakan yang perlu ada ye. ( alamak, terasa weird plak aku nak xplen bagai pasal bahan masakan ni.. haha.. )
 
 
Kentang saiz sederhana (di potong sederhana)
Daging kisar 
Bawang merah (dihiris halus)
Bawang putih (dihiris halus)
Daun bawang (dihiris)
Telur
Minyak
Garam secukup rasa
 
* ok, sila noted yang aku x tulis berapa banyak total setiap bahan sebab aku sendiri pun main hentam je. Pandai-pandai la korang main agak ikut kesesuaian berapa mulut nak makan okeh. Hehe..
 
Ok, jom tengok cara nak buat begedil gedik-gedik ala aku ni. Haha..
 

1. Ni daging kisar yang dah dimasak dengan mentega, bawang merah, bawang putih, dan daun bawang.
 
 
 
 2.  NI kentang yang dah direbus dan dileyekkan.
 
 

3. Campurkan daging tadi dengan kentang..

 
4. Make sure korang gaul dia sampai sebati. Hehe..



5. Korang bentukkan bulat-bulat tapi korang kena make sure tekan-tekan and padatkan dulu before korang bulatkan kecik-kecik comey macam ni sebab takot bila masak nanti dia jadi berderai. Aku suke bentukkan kecik-kecik sebab senang sekali ngappp. Kalau dekat kedai kan besar. Ikut suka korang la okeh.

 
 6. Ok, sebelum korang gorengkan begedil yang hampir siap 2. Korang celupkan dulu dengan telur then terus je letak baik-baik dalam kuali okeh.

 

 7. Goreng je begedil tadi sampai la warna dia jadi kuning keemasan ala-ala dah masak gituuu.. Haha..





8. Taraaaa... Dah siap tapi gambar duk dalam bekas pulak la ye. Haha. Boleh dimakan di mana sahaja seperti di taman juga dimakan bersama mayonis dan sos. 


OK. SIAP. Nak pegi kenduri kawen. Bye!!


 
 

Ahad, 12 Mei 2013

Titis-titis Cinta


Salam. Mood menaip hanya tiba saat hari cuti. Mungkin.. :) Sebabnya hari bekerja penuh dengan tugas dan keluar berjalan. Ya. Keluar berjalan atau makan angin. Hampir setiap malam keluar makan dengan kawan-kawan atau sekadar main buaian kat taman.. Itu dah cukup melepaskan tekanan kerja dan hidup sepanjang hari.. :)

Namun, kebahagiaan yang saya nikmati saat ini, bukan kebahagiaan yang tidak bersulam kesusahan. Sering saya menerima kata-kata daripada teman sekeliling, "bestnyer tengok life ainey sekarang, asyik berjalan je, shopping je, pegi sana sini..". Ok, sebenarnya macam ni, kesusahan dan kesulitan selalu ada, namun saat kita mengetahui ada ALLAH yang sentiasa menemani dan menjadi penolong, hati takkan buntu bila ujian menerpa menduga.. Kannn? :)

Lihatlah disekeliling.. lihatlah pada semua yang kita lalui saban hari. Kesibukan. Kepenatan. Untuk apa? Untuk apa melalui kerunsingan? Untuk apa melalui kepayahan?

Untuk Mu Ya ALLAH.. Saat hati ini telah berjanji, hidupku, matiku, solatku segalanya adalah untukMu, maka kami tempuh semua kesulitan dan kepenatan ini.

Untuk Mu Ya ALLAH.. Telah ku sedar bahawa hidup ini adalah untuk meraih keredhaanMU, kami berusaha menghambakan diri padaMU dengan melaksanakan semua tanggungjawab dan tuntutan.

Ya ALLAH.. Engkau tidak membebankan kami, Engkau tidak menzalimi kami kerana sesungguhnya dengan setiap tanggungjawab yang hadir, KAU iringkan dengan nikmat yang jauh lebih banyak.

Hanya kadangkala kami terlupa niat hakiki. Lalu kami sedih kecewa. Kami terlupa untuk mengarahkan semua pengorbanan dan kesulitan ini adalah kerana mengharap redhaMU. Kami redahi semua ini bukan untuk sekadar menyenangkan hati-hati manusia, namun kerana kami ingin punya nilai di sisiMu Ya ALLAH..


(^_^)


Ahad, 7 April 2013

What's In My Bag?


Hi korang. Lama tak menaip kan. Sangat sibuk tapi masih sempat melarikan diri dari kerja yang ada. Life kena balance jugak kan. Sekarang sangat xde mood nak buat kerja walaupun banyak sangat benda nak kena settle kan. Mahu lupakan segala keserabutan.. Jom tengok topik kita hari ni yang xde motif apa pun. Sekadar melepaskan kebosanan dengan tuntutan kerja. Hahaha..


ok.. teka ada apa dalam beg ni yang aku selalu bawak ke mana2 je. :)




Ok, kesian kat korang nak kena teka2 pulak yer. Jom aku keluarkan segala harta benda yang ada dalam beg ni. :)


In My Purse You Will Find...

1. Wallet ( mestilah ada duit, lesen, ic, member card utk shopping )
2. Perfume bodyshop ( white musk )
3. Maybelline mineral compact powder ( lepas solat baru pakai itupun kalau rajin )
4. Minyak yu yee ( perut aku ni jenis suka meragam.. haha )
5. Minyak cap kapak ( student suka minta sebab asek pening je dorang )
6. Mentos ( biasa makan time drive kalau mengantok )
7. Soft white wallet tissue ( ni benda wajib ada )
8. Buku nota kecil ( tulis la kalau tiba2 ada meeting ke & pesanan ke )
9. Kunci bilik kaunseling, kunci rumah, & kunci kereta ( mesti ada kalau x? uwaaaaaa... )
10. earphone( time meeting biasanya aku bosan dengar orang membebel aku dengar lagu )
11.pen ( banyak kan pen? sebab pen aku selalu orang pinjam then x pulang. haha )


Ok, nampak x meja aku yang betol2 serabut ni? Maksudnya kena sambung buat kerja. Sesungguhnya aku bukan orang yang suka serabut2 ni tapi apakan daya.. Ok, buat kerja dulu ye. Bye uollsssss.. :) 
 



 

Jumaat, 1 Mac 2013

Tersenyumlah wahai jiwa yang menangis..



Bergembiralah bagi insan yg selalu diuji dan diduga..Kerana engkau diberi peluang olehNya untuk memiliki kelebihan sabar dan syukur kpdNya sedangkan insan yg selalu senang dan bahagia hanya mampu merasai nilai kesyukuran atas nikmatNya..Ingatlah ujian dan dugaan itu mampu mematangkan jiwa dan juga minda, dan kesenangan yg berpanjangan akan lebih memanjakan diri kita..
 





Rabu, 27 Februari 2013

Wanita, Cinta dan Tuhan..


Assalamualaikum.. Syukur ada kesempatan nak berblogging kejap. Sebenarnya nak buat kerja. Tapi rindu pulak nak menaip kat blog ni.. :) Kadang-kadang curi sikit masa taip apa yang terlintas kat minda itupun kat fb je. Ok2.. Kali ni kita buat perkongsian kat blog pulak yer. Kali ni aku pilih tajuk tentang wanita, cinta, dan tuhan. Harap perkongsian ni mampu membuka hati kita untuk sentiasa berusaha meningkatkan martabat cinta wanita pada tuhanNya. Aminnn...

Semua ujian yang ALLAH datangkan pada kita antara hikmahnya adalah kerana ALLAH ingin menanggalkan dunia dari hati kita. ALLAH mahu kita mengagungkan ALLAH di segenap nafas dan kehidupan. Manusia dan harta menjadi ujian yang tak berhenti. Setiap tahap kehidupan akan ada manusia dan harta yang menjadi ujian nafsumu yang ingin menjadi soleh solehah.

Diri aku juga seperti kalian, secara berkala ada ujian yang ALLAH datangkan yang sakit merentap jantung hati, Namun dengan persiapan iman insyaALLAH hati kita kembali kuat dan sabar serta bersyukur kerana ALLAH sayangkan kita dengan ujian ini...

Bila hati ini kita letak pada cinta manusia, ia sakit dan berderai bila dikecewakan dan dilukakan. Mencintai suami namun suami memilih untuk mencintai lagi, ia sangat melukakan jika kita tak meletakkan cinta suami di bawah cinta ALLAH.

Bila mencintai ALLAH, hati kita akur bahawa cinta manusia tiada abadi dan tidak istimewa. Yang menjadikan cinta manusia istimewa, bila kita memahami dan menyedari bahawa kita dan suami saling mencintai kerana ALLAH. Kita semua akan saling cinta bila meletakkan ALLAH lebih besar dari segala-galanya..

Aku bukanlah setabah yang kalian sangka. Aku manusia biasa tiada lebihnya dari kalian. Kita hanya berbeza dan terus berbeza dalam hubungan kita dengan ALLAH. Aku jua mencemburui orang-orang yang ada hubungan sangat istimewa dengan Tuhannya, kerana aku tahu mereka lah orang-orang yang beroleh sebenar-benar bahagia. Mereka kaya bukan sekadar hidup dengan kaya duit namun kaya ilmu dan akhlak, mereka mulia, mereka redha pada ALLAH dan ALLAH pun redha pada mereka.

Kita ingin menjadi istimewa, pertama dan paling utama di mata ALLAH. Bukan sekadar di mata suami apatah lagi di mata lelaki yang entah siapa-siapa. Maka pasti ALLAH jadikan kamu istimewa di mata manusia.

Demikianlah coretan aku untuk hari ini. Moga bermanfaat untuk diri aku dan kalian semua. Aku sendiri sedang belajar menjadi wanita yang dicintai Tuhan. Ayuh kawan-kawan, kita merubah diri ke arah kebaikan! 


LOVE: AINEYMELL 


Rabu, 6 Februari 2013

Tentang Rasa


Assalamualaikum. Moga kita semua berada dalam keadaan yang baik-baik harapnya. Kali ni aku nak berkongsi tentang rasa. Hurmmm.. Apa yang tentang rasa tu? Masakan kah? Perasaan kah? :) Ok, tentang rasa yang aku nak kongsikan kali ni berkaitan dengan pekerjaan aku.
 
Aku guru kaunseling. Aku bekerja dengan manusia. Pelajar ialah klien aku. Setiap hari aku dihadapkan dengan pelbagai ragam, pelbagai permainan emosi, dan pelbagai jenis klien yang aku kira cukup membuatkan aku banyak berfikir, banyak meneliti, serta banyak muhasabah diri. 
 
Melihat pada keadaan klien yang kerap melihat sesuatu perkara/permasalahan dari sudut perasaan sahaja justeru memilih jalan yang dibantu dengan nilai perasaan sahaja membuatkan aku lantas terfikir. Di mana nilai pemikiran rasional tatkala emosi melanda dan membanjiri diri pada waktu duka mahupun waktu diuji dengan permasalahan?
 
Seorang guru kaunseling mahupun seorang kaunselor memerlukan sesuatu untuk menentukan hala tuju sepanjang sesi kaunseling dijalankan. Panduannya teori kaunseling. Tanpa teori.. tanpa kemahiran.. sesi akan bertukar menjadi soal jawab. Ibarat sang pesalah bersama seorang pegawai polis. Di akhirnya pesalah merasakan dirinya tidak difahami, tidak diberi peluang, tidak diterima, malahan dipersalahkan..
 
OH. Moga keadaan itu tak berlaku di antara kalian. Klien perlu merasa dirinya diterima seadanya. Ye. Sebab itu adanya konsep, "penerimaan tanpa syarat" dalam dunia kaunseling. Apabila klien rase dirinya diterima, maka "kejelikitan" sudah pasti akan berlaku antara kaunselor dan klien. Klien akan mudah berkongsi segala hal. Segala emosi dan perasaan akan dikeluarkan. Kaunselor perlu meneroka, membincangkan, dan memahami. Tapi tanpa perlu banyak bersoal jawab. Kadang kala cukup dengan anggukan.. kadang kala cukup dengan hanya membuat refleksi perasaan dengan tepat. Nah! Inilah magis seorang kaunselor.
 
Aku masih ingat perumpamaan yang diberikan oleh seorang pensyarah pada ketika aku menuntut ilmu dalam bidang ini. Katanya, seorang kaunselor ibarat seorang doktor tapi bukan seorang bomoh.
 
Situasi 1:
 
DOKTOR: Ye cik. Anda sakit apa?
CIK MELL: Saya rasa saya demam doktor.
DOKTOR: Ada pening kepala? Selsema? Batuk?
CIK MELL: Ada doktor. Kepala saya pening. Hingus saya banyak. Ada kahak jugak warna HIJAU. ( errrkkkk )
DOKTOR: OK. ( Sambil cek suhu badan CIK MELL dan sebagainya. Kemudian taip kat komputer deskripsi ubat-ubatan yang perlu )
 
Situasi 2:
 
Bomoh: OH CIK MELL, saya sudah tahu tujuan anda datang ke sini untuk apa.
CIK MELL: WOW! Hebatnya tok bomoh ni.

Begitulah ragamnya.. Anda perlu menerangkan, menjelaskan, dan berkongsi kerana seorang kaunselor juga manusia biasa. Kami tiada "power" yang akan menyelesaikan masalah anda dengan sekelip mata atau dengan andaian sebaik sahaja anda melangkah kaki keluar dari bilik ini, segala permasalahan ataupun segala kekusutan anda sudah hilang. Tapi kami punya nilai perasaan, pemikiran.. yang dengan izinNYA dan dengan bantuan anda sendiri, anda akan mendapat sesuatu yang kami gelar sebagai "celik akal". Insya Allah..
 
Itu sahaja perkongsian buat kali ini. Segala perkongsian hanya dari insan yang baru nak bertatih dalam bidang ini. :)
 
 
Bye!!
 
.LUV UPM.FPP ALWAYS.
 
 

Selasa, 15 Januari 2013

Untuk apa ujian ini?

  

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]

Kenapa aku kongsikan 2 ayat kat atas ni? Sebabnya 2 ayat ni menjadi kekuatan aku buat masa ni. Tak perlu korang assume macam2 ok. Semua orang pun ada kisah masing2. Ada ujian masing2. Hidup ni kan satu ujian untuk kita semua. Betol kan? Sila angguk kepala. :)

Tapi kan korang.. kita kena selalu ingat apa pun yang berlaku amatlah pasti ada hikmahnya.. Ada sebabnya yang kita kadang2 x faham atau xnak faham sebab emosi yang mendahului pertimbangan akal. Tapi percayalah, dengan keyakinan terhadap hikmah yang Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita itulah yang memimpin diri kita untuk terus memulakan kembali sesuatu dengan penuh semangat.

Hidup ini satu pilihan. Kita diberi peluang untuk memilih. Kita juga dikurniakan akal untuk berfikir, hati untuk merasa, deria untuk bertindak. Maka, pilihlah jalan yang terbaik. Kalau bukan yang terbaik pun. Biarlah kita tau sekurang-kurangnya kita dah cuba yang terbaik. :)

Meredhakan sangat membantu hari-hari kita untuk menjadi cerah :) Tak apa kalau nak menangis atau bersedih. Mana mampu untuk kita menipu diri sendiri. Tapi biarlah berpada-pada. Itu kan satu terapi jugak. Lepas dah menangis apa kata ambil wudu' baca quran ke.. dengar zikir ke.. insya Allah ketenangan tu akan datang pada hati yang ikhlas.

Korang nak x aku kongsikan satu doa untuk kita menghapuskan sesuatu yang ingin dilupakan dalam hati? Lepas korang abes baca, genggam tangan kuat-kuat dan buat macam campak jauh2. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah. Insya Allah korang akan dapat lupakan secara perlahan-lahan....


“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” 
[13:39]  
(  surah ar-Ra'd ayat 39 )

Luka tu memang pedih, tapi percayalah sedalam mana pun luka tu pasti akan terubat. Apa dia? Ada parut? Ala.. ubat parut kan banyak kat farmasi sekarang. Hehe.. Korang fikir and ingat je 2 ayat kat atas yang aku kongsikan tadi. Insya Allah pasti akan terubat. Aminnn..

Ok la korang. Sampai sini dulu. Ada meeting lepas ni. :)

SHINE ON and don't give up okeh !!!

Bye!! Assalamualaikum :)