Ahad, 12 Mei 2013

Titis-titis Cinta


Salam. Mood menaip hanya tiba saat hari cuti. Mungkin.. :) Sebabnya hari bekerja penuh dengan tugas dan keluar berjalan. Ya. Keluar berjalan atau makan angin. Hampir setiap malam keluar makan dengan kawan-kawan atau sekadar main buaian kat taman.. Itu dah cukup melepaskan tekanan kerja dan hidup sepanjang hari.. :)

Namun, kebahagiaan yang saya nikmati saat ini, bukan kebahagiaan yang tidak bersulam kesusahan. Sering saya menerima kata-kata daripada teman sekeliling, "bestnyer tengok life ainey sekarang, asyik berjalan je, shopping je, pegi sana sini..". Ok, sebenarnya macam ni, kesusahan dan kesulitan selalu ada, namun saat kita mengetahui ada ALLAH yang sentiasa menemani dan menjadi penolong, hati takkan buntu bila ujian menerpa menduga.. Kannn? :)

Lihatlah disekeliling.. lihatlah pada semua yang kita lalui saban hari. Kesibukan. Kepenatan. Untuk apa? Untuk apa melalui kerunsingan? Untuk apa melalui kepayahan?

Untuk Mu Ya ALLAH.. Saat hati ini telah berjanji, hidupku, matiku, solatku segalanya adalah untukMu, maka kami tempuh semua kesulitan dan kepenatan ini.

Untuk Mu Ya ALLAH.. Telah ku sedar bahawa hidup ini adalah untuk meraih keredhaanMU, kami berusaha menghambakan diri padaMU dengan melaksanakan semua tanggungjawab dan tuntutan.

Ya ALLAH.. Engkau tidak membebankan kami, Engkau tidak menzalimi kami kerana sesungguhnya dengan setiap tanggungjawab yang hadir, KAU iringkan dengan nikmat yang jauh lebih banyak.

Hanya kadangkala kami terlupa niat hakiki. Lalu kami sedih kecewa. Kami terlupa untuk mengarahkan semua pengorbanan dan kesulitan ini adalah kerana mengharap redhaMU. Kami redahi semua ini bukan untuk sekadar menyenangkan hati-hati manusia, namun kerana kami ingin punya nilai di sisiMu Ya ALLAH..


(^_^)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan