Isnin, 31 Disember 2012

2013 dan kebergantungan..


Salam.. Semoga kita terus sihat dan bahagia di hari pertama tahun baru 2013 ni.

Apa yang nak dikongsikan tentang entry pertama bagi tahun 2013 ni? Tentang sejarah hidup 2012? Oh, no. Cukuplah aku simpan kenangan 2012 dalam-dalam dan jauh-jauh. Yang penting adalah "here and now". Yang lepas jadikan sebagai pengalaman dan peringatan dari terus membuat kesilapan okeh.

Now nak kongsi dengan korang semua tentang topik kebergantungan.

Pernah tak korang terfikir satu hari nanti apa akan jadi kalau Allah hilangkan orang yang kita sayang? orang yang kita cintai? Hurmmm.. Cuba korang teka apa hikmahnya?

Hikmahnya adalah : Sebab Allah nak tunjukkan dekat kita semua bahawa tak semua benda yang kita sayang itu milik kita. Aku pernah terbaca dan teringat kata-kata hikmah ni, " kita tak pernah memiliki apa-apa pun kat dunia ni. Apa yang kita ada hanyalah sekadar pinjaman. Semuanya milik ALLAH. Bingo!!! Betul kan? :)

Jom.. hari ni aku nak fokuskan bahawa hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada ALLAH. 

Kalau nak diimbas balik dan refleksi diri sendiri. Aku sendiri dalam kehidupan seharian ada je nak bergantung pada manusia lain. Contohnya, bila sedih cari kawan-kawan balik. Ajak pergi jalan-jalan dan shopping. Hehe. Terlebih plak aku explain. :) Bila happy, celebrate dengan orang yang aku sayang. Bila bosan, pegi spa.eh, perlu cakap ke kat sini. hehe.

OK2. Hikmahnya macam ni la.. bila kita dah terlalu biasa berharap.. bergantung pada manusia lain then sampai masa Allah hilangkan mereka dalam hidup kita. Korang agak-agak apa yang korang akan rasa. Mesti korang akan meratapi kehilangan tu.... " I dah xde sape-sape uolsssss.. I dah hilang tempat bergantung I". 

Aku bukan cakap uols je tau. Aku ingatkan diri sendiri jugak. Kita selalu lupa bahawa yang Maha KUASA, yang Maha MEMBERI, yang Maha MENDENGAR tu kan ALLAH. Manusia hanya sebagai medium aka pengantara je. Kalaulah betul kita dah terapkan dalam diri yang kebergantungan tu hanya pada Allah, mesti kita takkan sedih bagai nak rak kan. Merapati satu-satu perpisahan tu terlalu lama sampai effect pada diri sendiri. Kalau kita dah tetapkan awal-awal lagi kepercayaan yang apa pun berlaku Allah tetap ada untuk kita, Allah tak pernah hilang, aku yakin kita semua akan berbahagia dan cepat heal our sadness or whatever.

Sebagai manusia dah jadi lumrah kita memang la akan sedih bila orang yang tersayang dah xde dalam hidup kia. Tapi biarlah kita berpada-pada dan sentiasa ingatkan diri jangan letakkan 100% pengharapan pada manusia sekeliling kita supaya kita sentiasa bersedia melalui segala ujian yang diberikan. Jom kita sama-sama ingat yang dalam dunia ni kita sentiasa akan melalui ujian yang bukan hadir dalam bentuk kesusahan je malah ujian tu boleh datang dalam bentuk kesenangan jugak. :)

Selamat berbahagia semua.. Semoga tahun 2013 ni kita semakin bijak melalui kehidupan dan ujian. Aminnn.. :) 

 
Today.. is the first blank page of a 365 days of a page book. Write a good one..
 ♥ ainey mell


Bye! :)



Ahad, 23 Disember 2012

Siapa Sangka Siapa Menduga..



I'm currently listening this song...




Sepanjang Cuti 2012


Salam. Hi. Omaigad3..esok dah nak kena balik perak. Hampir 2 bulan cuti sekolah aku melepak kat rumah, hanging out dengan member2 lama, shopping, spa, movies, short vacation but lepas ni kena buat kerja dengan sungguh2 okeh. Tadi baru lepas call sekolah baru tanya meeting start bila. Aku belum lapor diri pun lagi. Adoiyaii.. apa nak jadi ni ainey. Imej kena jaga. Huhu. 

So, apa yang menarik sepanjang cuti sekolah ni.. :)

1) Pergi UPM dengan bff, saras. Apa yang kitaorang buat? Hehe.. biarla rahsia.. :)
 




2) Lepaking with twin yang super duper comelll.. :) Okeh. Sesungguhnya mak lang amat
    merindui kamu twin. uwaaaa.. mmuuaaahh2. :)


 






3) Ke JB meninjau bisnes my bro.. sempat polish and wax innershine ku.. aka. kereta
    comelku.. :) memang awesome carwash ni. Kalau ke JB sila lah cuci kereta di sini ye..











4) Cruise Putrajaya Lake. Awesome jugak. Hehe. Lagi2 bila bersama family :) Harga 1
   person RM30. Tapi kalau kamu semua kerja under govermant dapatlah diskaun RM5. 
   Disebabkan adik beradik aku semua cikgu dapatlah diskaun tu. Yang paling best kitorang
   tunjuk bukti dengan slip gaji yang ada dalam hp. Haha.. :)









Okeh2. Nanti continue lagi eh sebab xde nak ada mood sangat nak berblogging. Penat mengemas dan fikir masalah dunia. Haha. Daaaa... :)


Rabu, 12 Disember 2012

BFF Alauddin


Yeah! Sebab dapat jumpa kawan-kawan lama dekat wedding kawan kitaorang jugak. Anyway, congrate MAR! :) 


Waaaa.. kitaorang lah geng2 nakal kat sekolah and dekat asrama dulu kannnn... :)




Ni la geng2 yang paling lama bertapa kat rumah ko MAR! hehe. semuanya sebab nak tunggu member2 lama sampai dengan begitu lama sekali okeh :)



Tenkiu kepada MR.photographer sebab very da sporting sebab layankan je kitorang nak bergambar. HAHA.. :)


Dan bila semuanya dah tiba... barulah kecoh and meriah sangat. Korang memang best. :)



Best sangat jumpa korang: Dari kiri : Zira, Lehah, Aimi, Nadia, Tipah, Faza, Mar ( Pengantin ), ME, Nida, Eisya, Faiza, Fiza and Ayu :)


 
Sudah rindu kat korang... my BFF :) Next, turn siapa bagitau okeh. Boleh jumpa lagi.... :)

Bye!

Little treat





1. Shoe from Summit  : RM 49.90
2. Belt from Summit   : RM 19.90
3. 2013 Planner          : RM 5.90
4. Senyumlah ( motivation book ) from Popular : RM 17.00
5. Zikir penenang hati ( islamic book ) : RM 9.90
6. Cotton facial squares from guardian : RM 3.90
7. Variety of facial mask from SASA : RM 10.00

DAN... setelah penat shopping sikit-sikit sebagai salah satu therapy stress aku, haruslah merehatkan wajah yang kepenatan :)




Ohmakkau.. Hehe. Jangan terkejut ye. Pakai after 10-15minutes je okeh. Pastu muka terasa segar bugar :) Sekarang bolehlah mulakan aktiviti berjalan dan berjogging pulak yer.



Ha... kali ni pergi dengan memberku hawa. eh salah.. memberku aimi. :)  Beb, ko memang power.. aku baru 1 round dah x larat hokeh. But best lepak dengan ko.. heee ~~~ Nanti kita pergi lagi ok :)


Bye All. Sudah penat minda, hati, dan fizikal. Masa untuk tidur. :O


Rabu, 5 Disember 2012

MyCosmoderm


Hi. Macam biasa bila mood berblogging dah datang, rajin lah aku memikirkan apa yang nak ditepek dengan blog aku ni. Tapi sambil tu yang besnya laju je jari and mata ni menjengah online shopping. Walaupun money tengah sesak nak menunggu gaji tapi sempat lagi membeli tu. Aduhhh. Adakah aku ni shopaholic? Ataupun aku ialah anak Malaysia yang membangunkan ekonomi negara melalui cara begini? Haha.. apapun jawapannya, aku dah pun TERBELI produk Cosmoderm ni ok. 

Aku usha2 blogger2 yang kulit halus mulus and comey2 tu apa rahsia kulit diaorang cantik berseri, maka inilah jawapannya dan aku pun berminat la nak mencuba. Actually, kulit aku bukan kategori bermasalah pun. Just kadang2 aku rase macam nampak tak bermaya je. Chewahh.. iye2 la ko ni ainey oiiii. Hehee.. Tak salah kan mencuba. Mana tau lepas ni makin berseri-seri. :)


Nanti bila barang yang diorder sudah sampai and kalau aku rajin nanti aku review ye tentang effect nya. :) 




Yup. inilah dia produk yang aku usha2.. baca cket maklumat yang ada then berkenan untuk beli. Nanti aku review ye selepas penggunaan. :)



Ok. Ini satu lagi produk yang aku order. Manjakani Hygiene Wash. Untuk kebersihan wanita sejati. Chewaahh. Takkan la nak jaga muka je kan. Kebersihan bahagian ni pun kena la jaga juga ye.. :)


Total termasuk harga pos adalah RM 95.32  :)

Tak payahla susah nak start enjin kereta, pegi shopping complex and nak mencari. Semuanya di hujung jari je sekarang kannn.. Tengah melepak2 kat rumah, dengar hoonnn pos laju korang cepat-cepat keluar, sign, dan boleh guna terus tanpa was-was.

Ni link website yang aku bel: www.mycosmoderm.com. Kalau korang berminat boleh la usha. Diingatkan aku bukan agent okeh. Sekadar perkongsian bersama. :)

Ok la u oollssss.. Bye. :)

 

Selasa, 4 Disember 2012

Bersenam


Hi.. Hello3.. Yeah. Rase bersemangat sebab dapat bersenam bersama dengan family. Eh, ye ke bersenam, padahal akulah yang paling lembik sekali. Bukan berjogging or berlari pun. Tapi berjalan terkedek-kedek 1.5km pun aku dah termehek-mehek ( ada ke perkataan ni termehek-mehek ? ngeh3 )

Aku dengan family pergi bersenam dekat Hutan Rekreasi Sungai Udang. My hometown la tau. Best jugak ada tempat macam ni. Aku ingatkan xla ramai orang yang berjongging. Tapi sekali pergi ramai jugak la. Kebanyakannya tentera la sebab kat tempat aku kan memang kawasan kem tentera pun. Arwah abah aku pun tentera jugak tau u olllsss. :)

 

Macam biasa la aku ni. Nak pergi berjongging tapi macam nak pergi berjimba pulak kan. Hehe. Beg kuning tu bukan apa, aku x boleh la kalau tak bawak my hp nak ambil gambar and my duit n ic. rase x selamat pulak kalau x bawak bersama. Padahal jalan kaki boleh je pun sampai rumah.



So, sebelum memulakan aktiviti marilah kita memanaskan badan. Haha. Buat cara masing-masing je la kan. Sonanggg ceritooo. :)




Yang tidak kusangka.. dalam taman rekreasi ni ada lagi taman tumbuhan lor pulakk. Tapi xdelah aku meneroka dalam 2 ada apa. Huhu.



 


Jeng3.. Jom la kita mulakan perjalanan yang mencabar ni. Haha. Mencabar la sangat kan. Yang lelaki dah 2 or 3 kali round. Yang perempuan terkedek-kedek nak menghabiskan 1 round. Jadilah 2 kan untuk permulaan kannn.. :)



 

Excited la sangat kan. Bergambar je lebih. Lepas 2 merungut bila nak sampai kat ending perjalanan ni. Itula aku. Kalau berspa berjam-jam pun i suka. Tapi kalau nak bersenam jawabnya inilah hasilnya. Ngeh3.. :)

Dan AKHIRNNYA...
 



Baru 1km je kotttt. Aduhhh.. dah x larat. Mummy kata hari ni nak pergi lagi berjongging. Ok2.. I'll think about that. Kali ni pergi no camera ok. Tumpukan pada larian. Konoonnnnn... :)

Ok la u ollssss.. semoga kita ketemu lagi ya!! :) Bye!!! Ceriakan hari anda. Jom BERSEMANGAT!!! :)


Khamis, 29 November 2012

Aktiviti waktu cuti sekolah


Salam. Hi semua. :) Cuti sekolah waktu yang bukan ditunggu-tunggu oleh budak sekolah je tapi termasuklah cikgu-cikgu sekolah. Terutamanya aku. Sebabnya time ni la boleh buat aktiviti kegemaran tanpa ada tekanan. Chewaahhh.. macam banyak la sangat kan tekanan kat sekolah tu. Anyways, aku bersyukur dah 2 buah sekolah aku ditempatkan, kedua-dua nya best and dapat kata-kata positif masa hari last dekat sekolah. Masa kat Damansara tahun 2011 penolong kanan HEM cakap dia bangga dengan aku sebab even aku diberi tugas mengajar yang bukan sepatutnya kerja aku, tapi aku boleh mengajar dengan baik dan dapat respons positif daripada orang yang menilai aku. syukur sebab masa 2 aku kena mengajar Kemahiran Hidup untuk 5 class okeh. :) Then masa kat Choong Hua, Perak la kiranya aku betol-betol jalankan tugas aku sebagai guru kaunseling. Apa yang paling best bila pengetua cakap dengan aku. Dia berterima kasih dan bangga dengan aku sebab jalankan tanggungjawab sebagai guru kaunseling dengan baik dan dia pun bagitau dia dapat respons yang baik daripada guru kaunseling lain yang aku ni rajin nak belajar perkara baru dan satu kehilangan bagi sekolah bila pertukaran aku diluluskan. Dia cakap kalau tahu aku dapat tukar xdelah dia nak menyokong pertukaran aku. hehe :) Untuk tahun depan xtau la mana sekolah aku akan berbakti dan apa cabaran aku seterusnya. Harap-harap semuanya akan baik-baik saja. :) Dah banyak sangat membebel sampai topik asal pun dah tersasar kan. Hari ni keluar pergi buat treatment spa lagi. :) then sempat aku shopping. Kebetulan aku dapat birthday card promotion daripada padini concept store. Setiap item yang aku beli dapat 30% diskaun. Aku apa lagi sempat la grab beberapa barang.:) Jom layan gambar yang ada.... :)




 Hari ni buat Massage + Frutti Body Scrub + Jacuzzi Bath.. Heaven! :)



Dating with mummy today.. :)




Inilah hasil perbelanjaan untuk hari ni:

1: Tote Bag from Vincci : RM 59
2: Kemeja from P&Co : RM 79
3: Ladies Tank from PDI : RM 15
4. Tudung: RM 10


Ok. itu saja. dah penat and mau merehatkan diri. bye blog!! :)


Rabu, 28 November 2012

Gambar watak

Sementara tengah rajin menaip ni, jom kita layan gambar watak yang aku nak ketengahkan dalam novel 'relakan ia pergi' ni. Sumber semua dari google image ye. Sekadar suka-suka aku nak membayangkan watak dalam novel ni supaya ada feeling-feeling sikit masa baca novel ni. :)
 
1. Ain Adira
 
 

2. Adi Farhi
 


3. Rasydan Kamil
 
 
 
0k. itu saja untuk kali ni. Macam biasa tunggu ada mood baru update lagi.. daa ~~~
 
 

Relakan ia pergi..


10 tahun Dira mengenali Farhi. Tiada siapa yang boleh menjangkakan ini yang akan dilalui. Farhi mensia-siakan hidup Dira. Setelah Farhi diulit kemewahan dan kuasa, hidup Farhi mula bergelumang dosa. Farhi bukan lagi kawan dan kekasih yang Adira kenal dulu. Bagi Farhi dia manusia. Ya, dia silap dan lalai. Namun, setelah dia  menyedari kesilapannya, Adira telah diceraikan dengan talak 3. Sungguh, bukan ini kehendak Farhi. Namun, takdir tuhan penentu segalanya. Farhi hanya mampu berdoa sebelum matanya tertutup Adira menjadi isterinya kembali. Walaupun itu bukan mudah tapi Farhi tetap yakin.


Bukan Dira yang hancurkan hubungan ni. Dira tak salah. Abang ada segalanya sekarangAbang lupa diri. Abang lupa janji kita. Bila dah terlambat, baru Abang rasa bersalah. Tapi semuanya dah tak ada makna bagi Dira. Dira hilang kepercayaan. Abang tak jujur. Dira kecewa dengan Abang. Sampai hati Abang. Bukan mudah Dira nak bangun semula.

~ Ain Nadira ~

Dira. Maafkan abang. Abang lukakan hati Dira. Abang kecewakan Dira. Abang hancurkan perkahwinan kita. Abang minta maaf Dira. Abang salah. Tapi jangan hukum abang. Abang nak berubah. Bantulah abang Dira. Abang sayang Dira. Sumpah! Abang kalah dengan nafsu abang. Abang manusia Dira. Abang buat silap. Tolong jangan pergi dalam hidup abang Dira. 

~ Adi Farhi ~

Awak kena kuat. You deserve better Dira,it'll make you stronger girl. Dia tak layak terima cinta awak. Tuhan uji awak sebab awak kuat. Saya akan bantu sesiapa pun Dira sebab ini kerja saya. Apatah lagi awak pernah menjadi pelajar saya. Awak dekat dengan hati saya. Saya sentiasa ada untuk awak.

~ Rasydan Kamil ~

............................................................................................................

Ehem3.. agak-agak kalau sepanjang cuti sekolah ni aku try bakat dalam bidang penulisan novel boleh tak? Tiba-tiba dapat idea buat intro novel macam kat belakang kulit novel yang biasa kita baca tu. huhu. So, amacam? Ada berani nak baca kisah selanjutnya tentang watak Dira dan Farhi tak? Kalau tak malaslah aku nak menaip. Sebab ini pun saja test bakat dulu. :) Sebab novel kat pasaran pun dah berlambak sangat. Kat online pun sama. Hurmm.. xpe, banyak masa nak fikir lagi. Tunggu ada mood baru fikir balik nak continue ke tak.. bye!! :)


LOve; aIneY mEll  

Sabtu, 24 November 2012

Enjoying Myself


Salam.. ok, sangat penat dis week sebab banyak tempat aku pergi tapi at da same time sempat meliburkan diri jugak dari tekanan. 

Perkara pertama adalah uruskan:



After dah uruskan tu, aku pun meliburkan diri dengan having a best shopping..spa..movies..bowling.. let's picture talk!! :)

spa time at CRESS Spa :)

sh00ping time at IKEA :)

Bowling & Movie time :)

my fav ever :)

oh mY.. innershine di 'service' :)

my buffing kit :)

Yup..memang malas rasa nak menaip sebab dah penat..bye!!

Rabu, 21 November 2012

Perempuan dan Hobi..


Tetiba rase macam nak share tentang minat a.k.a hobby. apa hobby korang ye? hobby boleh berubah mengikut persekitaran..umur..dan banyak faktor lain lagi. hurmmm..sedangkan hobi pun boleh berubah,inikan pula hati manusia.tetttttt...( out of topic pulak ye ) ok,aku nak share hobi aku sejak dah bekerja a.k.a adalah duit sikittt.hehe..

1: i luv having time at SPA..heaven :) 1st appointment hari jumaat ni ye. yeaHHH..



2: i luv manicure and pedicure.. :) aku da banyak kali jugak pergi dan hasilnya sangat awesome. kuku jadi bersih dan cantik.aku pun ada beli set untuk buffing.kalau rajin boleh buat kat rumah..


3: i luv shopping.. boleh hilang stress kalau dapat shopping. Apatah lagi kalau duit banyak :) suka handbag..kasut.. ( pssst: jom pegi IKEA esok )

  
Sementara takde banyak komitmen bolehla teruskan dengan hobi macam ni. tapi, insya Allah untuk next year ada beberapa target untuk dilaksanakan. Antaranya beli rumah ( atas nasihat abg long and along ). hehe. kalau ada rezeki lebih boleh la tukar kereta ke atau maybe start buat bisnes untuk isi masa. bisnes apa? tunggu... :)

Okla.itu saja untuk kali ni. mood tengah penat sebab banyak perkara nak diuruskan buat masa ni. aku tak kuat tapi insya Allah aku tabah. :)


LOve; aIneY mEll