Rabu, 5 Disember 2012

MyCosmoderm


Hi. Macam biasa bila mood berblogging dah datang, rajin lah aku memikirkan apa yang nak ditepek dengan blog aku ni. Tapi sambil tu yang besnya laju je jari and mata ni menjengah online shopping. Walaupun money tengah sesak nak menunggu gaji tapi sempat lagi membeli tu. Aduhhh. Adakah aku ni shopaholic? Ataupun aku ialah anak Malaysia yang membangunkan ekonomi negara melalui cara begini? Haha.. apapun jawapannya, aku dah pun TERBELI produk Cosmoderm ni ok. 

Aku usha2 blogger2 yang kulit halus mulus and comey2 tu apa rahsia kulit diaorang cantik berseri, maka inilah jawapannya dan aku pun berminat la nak mencuba. Actually, kulit aku bukan kategori bermasalah pun. Just kadang2 aku rase macam nampak tak bermaya je. Chewahh.. iye2 la ko ni ainey oiiii. Hehee.. Tak salah kan mencuba. Mana tau lepas ni makin berseri-seri. :)


Nanti bila barang yang diorder sudah sampai and kalau aku rajin nanti aku review ye tentang effect nya. :) 




Yup. inilah dia produk yang aku usha2.. baca cket maklumat yang ada then berkenan untuk beli. Nanti aku review ye selepas penggunaan. :)



Ok. Ini satu lagi produk yang aku order. Manjakani Hygiene Wash. Untuk kebersihan wanita sejati. Chewaahh. Takkan la nak jaga muka je kan. Kebersihan bahagian ni pun kena la jaga juga ye.. :)


Total termasuk harga pos adalah RM 95.32  :)

Tak payahla susah nak start enjin kereta, pegi shopping complex and nak mencari. Semuanya di hujung jari je sekarang kannn.. Tengah melepak2 kat rumah, dengar hoonnn pos laju korang cepat-cepat keluar, sign, dan boleh guna terus tanpa was-was.

Ni link website yang aku bel: www.mycosmoderm.com. Kalau korang berminat boleh la usha. Diingatkan aku bukan agent okeh. Sekadar perkongsian bersama. :)

Ok la u oollssss.. Bye. :)

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan