Isnin, 31 Disember 2012

2013 dan kebergantungan..


Salam.. Semoga kita terus sihat dan bahagia di hari pertama tahun baru 2013 ni.

Apa yang nak dikongsikan tentang entry pertama bagi tahun 2013 ni? Tentang sejarah hidup 2012? Oh, no. Cukuplah aku simpan kenangan 2012 dalam-dalam dan jauh-jauh. Yang penting adalah "here and now". Yang lepas jadikan sebagai pengalaman dan peringatan dari terus membuat kesilapan okeh.

Now nak kongsi dengan korang semua tentang topik kebergantungan.

Pernah tak korang terfikir satu hari nanti apa akan jadi kalau Allah hilangkan orang yang kita sayang? orang yang kita cintai? Hurmmm.. Cuba korang teka apa hikmahnya?

Hikmahnya adalah : Sebab Allah nak tunjukkan dekat kita semua bahawa tak semua benda yang kita sayang itu milik kita. Aku pernah terbaca dan teringat kata-kata hikmah ni, " kita tak pernah memiliki apa-apa pun kat dunia ni. Apa yang kita ada hanyalah sekadar pinjaman. Semuanya milik ALLAH. Bingo!!! Betul kan? :)

Jom.. hari ni aku nak fokuskan bahawa hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada ALLAH. 

Kalau nak diimbas balik dan refleksi diri sendiri. Aku sendiri dalam kehidupan seharian ada je nak bergantung pada manusia lain. Contohnya, bila sedih cari kawan-kawan balik. Ajak pergi jalan-jalan dan shopping. Hehe. Terlebih plak aku explain. :) Bila happy, celebrate dengan orang yang aku sayang. Bila bosan, pegi spa.eh, perlu cakap ke kat sini. hehe.

OK2. Hikmahnya macam ni la.. bila kita dah terlalu biasa berharap.. bergantung pada manusia lain then sampai masa Allah hilangkan mereka dalam hidup kita. Korang agak-agak apa yang korang akan rasa. Mesti korang akan meratapi kehilangan tu.... " I dah xde sape-sape uolsssss.. I dah hilang tempat bergantung I". 

Aku bukan cakap uols je tau. Aku ingatkan diri sendiri jugak. Kita selalu lupa bahawa yang Maha KUASA, yang Maha MEMBERI, yang Maha MENDENGAR tu kan ALLAH. Manusia hanya sebagai medium aka pengantara je. Kalaulah betul kita dah terapkan dalam diri yang kebergantungan tu hanya pada Allah, mesti kita takkan sedih bagai nak rak kan. Merapati satu-satu perpisahan tu terlalu lama sampai effect pada diri sendiri. Kalau kita dah tetapkan awal-awal lagi kepercayaan yang apa pun berlaku Allah tetap ada untuk kita, Allah tak pernah hilang, aku yakin kita semua akan berbahagia dan cepat heal our sadness or whatever.

Sebagai manusia dah jadi lumrah kita memang la akan sedih bila orang yang tersayang dah xde dalam hidup kia. Tapi biarlah kita berpada-pada dan sentiasa ingatkan diri jangan letakkan 100% pengharapan pada manusia sekeliling kita supaya kita sentiasa bersedia melalui segala ujian yang diberikan. Jom kita sama-sama ingat yang dalam dunia ni kita sentiasa akan melalui ujian yang bukan hadir dalam bentuk kesusahan je malah ujian tu boleh datang dalam bentuk kesenangan jugak. :)

Selamat berbahagia semua.. Semoga tahun 2013 ni kita semakin bijak melalui kehidupan dan ujian. Aminnn.. :) 

 
Today.. is the first blank page of a 365 days of a page book. Write a good one..
 ♥ ainey mell


Bye! :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan