Salam. Hi semua. :) Cuti sekolah waktu yang bukan ditunggu-tunggu oleh budak sekolah je tapi termasuklah cikgu-cikgu sekolah. Terutamanya aku. Sebabnya time ni la boleh buat aktiviti kegemaran tanpa ada tekanan. Chewaahhh.. macam banyak la sangat kan tekanan kat sekolah tu. Anyways, aku bersyukur dah 2 buah sekolah aku ditempatkan, kedua-dua nya best and dapat kata-kata positif masa hari last dekat sekolah. Masa kat Damansara tahun 2011 penolong kanan HEM cakap dia bangga dengan aku sebab even aku diberi tugas mengajar yang bukan sepatutnya kerja aku, tapi aku boleh mengajar dengan baik dan dapat respons positif daripada orang yang menilai aku. syukur sebab masa 2 aku kena mengajar Kemahiran Hidup untuk 5 class okeh. :) Then masa kat Choong Hua, Perak la kiranya aku betol-betol jalankan tugas aku sebagai guru kaunseling. Apa yang paling best bila pengetua cakap dengan aku. Dia berterima kasih dan bangga dengan aku sebab jalankan tanggungjawab sebagai guru kaunseling dengan baik dan dia pun bagitau dia dapat respons yang baik daripada guru kaunseling lain yang aku ni rajin nak belajar perkara baru dan satu kehilangan bagi sekolah bila pertukaran aku diluluskan. Dia cakap kalau tahu aku dapat tukar xdelah dia nak menyokong pertukaran aku. hehe :) Untuk tahun depan xtau la mana sekolah aku akan berbakti dan apa cabaran aku seterusnya. Harap-harap semuanya akan baik-baik saja. :) Dah banyak sangat membebel sampai topik asal pun dah tersasar kan. Hari ni keluar pergi buat treatment spa lagi. :) then sempat aku shopping. Kebetulan aku dapat birthday card promotion daripada padini concept store. Setiap item yang aku beli dapat 30% diskaun. Aku apa lagi sempat la grab beberapa barang.:) Jom layan gambar yang ada.... :)
Hari ni buat Massage + Frutti Body Scrub + Jacuzzi Bath.. Heaven! :)
Dating with mummy today.. :)
Inilah hasil perbelanjaan untuk hari ni:
1: Tote Bag from Vincci : RM 59
2: Kemeja from P&Co : RM 79
3: Ladies Tank from PDI : RM 15
4. Tudung: RM 10
Ok. itu saja. dah penat and mau merehatkan diri. bye blog!! :)



















