Rabu, 27 Februari 2013

Wanita, Cinta dan Tuhan..


Assalamualaikum.. Syukur ada kesempatan nak berblogging kejap. Sebenarnya nak buat kerja. Tapi rindu pulak nak menaip kat blog ni.. :) Kadang-kadang curi sikit masa taip apa yang terlintas kat minda itupun kat fb je. Ok2.. Kali ni kita buat perkongsian kat blog pulak yer. Kali ni aku pilih tajuk tentang wanita, cinta, dan tuhan. Harap perkongsian ni mampu membuka hati kita untuk sentiasa berusaha meningkatkan martabat cinta wanita pada tuhanNya. Aminnn...

Semua ujian yang ALLAH datangkan pada kita antara hikmahnya adalah kerana ALLAH ingin menanggalkan dunia dari hati kita. ALLAH mahu kita mengagungkan ALLAH di segenap nafas dan kehidupan. Manusia dan harta menjadi ujian yang tak berhenti. Setiap tahap kehidupan akan ada manusia dan harta yang menjadi ujian nafsumu yang ingin menjadi soleh solehah.

Diri aku juga seperti kalian, secara berkala ada ujian yang ALLAH datangkan yang sakit merentap jantung hati, Namun dengan persiapan iman insyaALLAH hati kita kembali kuat dan sabar serta bersyukur kerana ALLAH sayangkan kita dengan ujian ini...

Bila hati ini kita letak pada cinta manusia, ia sakit dan berderai bila dikecewakan dan dilukakan. Mencintai suami namun suami memilih untuk mencintai lagi, ia sangat melukakan jika kita tak meletakkan cinta suami di bawah cinta ALLAH.

Bila mencintai ALLAH, hati kita akur bahawa cinta manusia tiada abadi dan tidak istimewa. Yang menjadikan cinta manusia istimewa, bila kita memahami dan menyedari bahawa kita dan suami saling mencintai kerana ALLAH. Kita semua akan saling cinta bila meletakkan ALLAH lebih besar dari segala-galanya..

Aku bukanlah setabah yang kalian sangka. Aku manusia biasa tiada lebihnya dari kalian. Kita hanya berbeza dan terus berbeza dalam hubungan kita dengan ALLAH. Aku jua mencemburui orang-orang yang ada hubungan sangat istimewa dengan Tuhannya, kerana aku tahu mereka lah orang-orang yang beroleh sebenar-benar bahagia. Mereka kaya bukan sekadar hidup dengan kaya duit namun kaya ilmu dan akhlak, mereka mulia, mereka redha pada ALLAH dan ALLAH pun redha pada mereka.

Kita ingin menjadi istimewa, pertama dan paling utama di mata ALLAH. Bukan sekadar di mata suami apatah lagi di mata lelaki yang entah siapa-siapa. Maka pasti ALLAH jadikan kamu istimewa di mata manusia.

Demikianlah coretan aku untuk hari ini. Moga bermanfaat untuk diri aku dan kalian semua. Aku sendiri sedang belajar menjadi wanita yang dicintai Tuhan. Ayuh kawan-kawan, kita merubah diri ke arah kebaikan! 


LOVE: AINEYMELL 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan