Rabu, 6 Februari 2013

Tentang Rasa


Assalamualaikum. Moga kita semua berada dalam keadaan yang baik-baik harapnya. Kali ni aku nak berkongsi tentang rasa. Hurmmm.. Apa yang tentang rasa tu? Masakan kah? Perasaan kah? :) Ok, tentang rasa yang aku nak kongsikan kali ni berkaitan dengan pekerjaan aku.
 
Aku guru kaunseling. Aku bekerja dengan manusia. Pelajar ialah klien aku. Setiap hari aku dihadapkan dengan pelbagai ragam, pelbagai permainan emosi, dan pelbagai jenis klien yang aku kira cukup membuatkan aku banyak berfikir, banyak meneliti, serta banyak muhasabah diri. 
 
Melihat pada keadaan klien yang kerap melihat sesuatu perkara/permasalahan dari sudut perasaan sahaja justeru memilih jalan yang dibantu dengan nilai perasaan sahaja membuatkan aku lantas terfikir. Di mana nilai pemikiran rasional tatkala emosi melanda dan membanjiri diri pada waktu duka mahupun waktu diuji dengan permasalahan?
 
Seorang guru kaunseling mahupun seorang kaunselor memerlukan sesuatu untuk menentukan hala tuju sepanjang sesi kaunseling dijalankan. Panduannya teori kaunseling. Tanpa teori.. tanpa kemahiran.. sesi akan bertukar menjadi soal jawab. Ibarat sang pesalah bersama seorang pegawai polis. Di akhirnya pesalah merasakan dirinya tidak difahami, tidak diberi peluang, tidak diterima, malahan dipersalahkan..
 
OH. Moga keadaan itu tak berlaku di antara kalian. Klien perlu merasa dirinya diterima seadanya. Ye. Sebab itu adanya konsep, "penerimaan tanpa syarat" dalam dunia kaunseling. Apabila klien rase dirinya diterima, maka "kejelikitan" sudah pasti akan berlaku antara kaunselor dan klien. Klien akan mudah berkongsi segala hal. Segala emosi dan perasaan akan dikeluarkan. Kaunselor perlu meneroka, membincangkan, dan memahami. Tapi tanpa perlu banyak bersoal jawab. Kadang kala cukup dengan anggukan.. kadang kala cukup dengan hanya membuat refleksi perasaan dengan tepat. Nah! Inilah magis seorang kaunselor.
 
Aku masih ingat perumpamaan yang diberikan oleh seorang pensyarah pada ketika aku menuntut ilmu dalam bidang ini. Katanya, seorang kaunselor ibarat seorang doktor tapi bukan seorang bomoh.
 
Situasi 1:
 
DOKTOR: Ye cik. Anda sakit apa?
CIK MELL: Saya rasa saya demam doktor.
DOKTOR: Ada pening kepala? Selsema? Batuk?
CIK MELL: Ada doktor. Kepala saya pening. Hingus saya banyak. Ada kahak jugak warna HIJAU. ( errrkkkk )
DOKTOR: OK. ( Sambil cek suhu badan CIK MELL dan sebagainya. Kemudian taip kat komputer deskripsi ubat-ubatan yang perlu )
 
Situasi 2:
 
Bomoh: OH CIK MELL, saya sudah tahu tujuan anda datang ke sini untuk apa.
CIK MELL: WOW! Hebatnya tok bomoh ni.

Begitulah ragamnya.. Anda perlu menerangkan, menjelaskan, dan berkongsi kerana seorang kaunselor juga manusia biasa. Kami tiada "power" yang akan menyelesaikan masalah anda dengan sekelip mata atau dengan andaian sebaik sahaja anda melangkah kaki keluar dari bilik ini, segala permasalahan ataupun segala kekusutan anda sudah hilang. Tapi kami punya nilai perasaan, pemikiran.. yang dengan izinNYA dan dengan bantuan anda sendiri, anda akan mendapat sesuatu yang kami gelar sebagai "celik akal". Insya Allah..
 
Itu sahaja perkongsian buat kali ini. Segala perkongsian hanya dari insan yang baru nak bertatih dalam bidang ini. :)
 
 
Bye!!
 
.LUV UPM.FPP ALWAYS.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan