Ada hubungan yang tak retak,
tapi perlu diperbaiki..
Ada hubungan yang retak,
Tapi tak perlu diperbaiki..
Kerana,
serpihannya hanya akan melukakan diri,
lagi dan lagi..
"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu
padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia
buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang
kamu tidak mengetahuinya."
Waktu petang hujan macam ni sementara tunggu mahgrib menjengah.. Aku duduk bersandar kat dinding dan
merenung ke syiling. Tidak mahu air mata menitis lagi tapi aku pun manusia biasa. Berkata dalam diri. Let's time heals everything ainey. " One day, kau takkan
ada masa pun nak layan perasaan macam ni, menangislah! Bisik hati
kecil.
Dulu, aku memahami perceraian adalah hal yang negatif secara
mutlak. Bercerai? Kenapa bercerai?
Tetapi dengan pengalaman dan usia yang bertambah ini, aku makin faham bahawa hidup ini tidak selalu berakhir dengan episod hidup yang kita inginkan.
Perceraian bukanlah perkara yang negatif atau buruk seluruhnya.
Perceraian itu, sama ada positif atau negatif, sangat bergantung kepada respon/tindakan insan yang diuji. Bagaimana dia bersikap menghadapi perceraian, bagaimana mahu berusaha, redha dan menerima, mengambil pelajaran dan bangun memulakan hidup baru.

Perceraian adalah jalan terakhir. Pilihan terakhir
setelah semua pintu tertutup untuk hidup bersama. Mudarat melampaui menfaat.
Agar diri tidak terus dizalimi dan menzalimi pasangan.
Ya, ia sakit. Sangat sakit. Apatah lagi bila kita dah cukup berusaha dalam perkahwinan tu. Perceraian sangat menyakitkan waktu ia
berlaku. Antara ujian paling menyedihkan untuk kehidupan insan. Setiap kita
apabila berkahwin, dengan harapan mendalam agar ia berterusan selamanya,
sebagai suami isteri ke syurga bersama.
Namun tatkala diuji dengan perpisahan, ingatlah
bahawa ketetapan ALLAH itu ada banyak kebaikan darinya. Duka itu
akan terhapus jugak. Insya Allah. Yakin.
Akan ada ruang dan peluang untuk bertemu
insan yang lebih baik. Dan diri kita sendiri akan menjadi suami/isteri yang
lebih baik dari sebelumnya insyaALLAH. Akan berpeluang melalui kehidupan
berumahtangga yang lebih bahagia dari sebelumnya. Sabar dan percaya pada ALLAH
lah yang mampu mengubat segala.
Akan ada kehidupan lebih baik yang
ALLAH gantikan. Sucikan hati.
Assalamualaikum.. :)
yg terbaik sedang menanti
BalasPadamin shaa Allah..doa yg trbaik ~taqimell~
BalasPadam