Sabtu, 19 Oktober 2013

Serpihan Luka Itu Boleh Sembuh..



 Ada hubungan yang tak retak,
tapi perlu diperbaiki..
 
Ada hubungan yang retak,
Tapi tak perlu diperbaiki..
 
Kerana,
serpihannya hanya akan melukakan diri,
lagi dan lagi.. 
 
"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 
 
Waktu petang hujan macam ni sementara tunggu mahgrib menjengah.. Aku duduk bersandar kat dinding dan merenung ke syiling. Tidak mahu air mata menitis lagi tapi aku pun manusia biasa. Berkata dalam diri. Let's time heals everything ainey. " One day, kau takkan ada masa pun nak layan perasaan macam ni, menangislah! Bisik hati kecil. 
 
Dulu, aku memahami perceraian adalah hal yang negatif secara mutlak. Bercerai? Kenapa bercerai?

Tetapi dengan pengalaman dan usia yang bertambah ini, aku makin faham bahawa hidup ini tidak selalu berakhir dengan episod hidup yang kita inginkan.

Perceraian bukanlah perkara yang negatif atau buruk seluruhnya.

Perceraian itu, sama ada positif atau negatif, sangat bergantung kepada respon/tindakan insan yang diuji. Bagaimana dia bersikap menghadapi perceraian, bagaimana mahu berusaha, redha dan menerima, mengambil pelajaran dan bangun memulakan hidup baru.
 
 
Perceraian adalah jalan terakhir. Pilihan terakhir setelah semua pintu tertutup untuk hidup bersama. Mudarat melampaui menfaat. Agar diri tidak terus dizalimi dan menzalimi pasangan.
 
Ya, ia sakit. Sangat sakit. Apatah lagi bila kita dah cukup  berusaha dalam perkahwinan tu. Perceraian sangat menyakitkan waktu ia berlaku. Antara ujian paling menyedihkan untuk kehidupan insan. Setiap kita apabila berkahwin, dengan harapan mendalam agar ia berterusan selamanya, sebagai suami isteri ke syurga bersama.
 
Namun tatkala diuji dengan perpisahan, ingatlah bahawa ketetapan ALLAH itu ada banyak kebaikan darinya. Duka itu akan terhapus jugak. Insya Allah. Yakin.
 
Akan ada ruang dan peluang untuk bertemu insan yang lebih baik. Dan diri kita sendiri akan menjadi suami/isteri yang lebih baik dari sebelumnya insyaALLAH. Akan berpeluang melalui kehidupan berumahtangga yang lebih bahagia dari sebelumnya. Sabar dan percaya pada ALLAH lah yang mampu mengubat segala.  
 
Akan ada kehidupan lebih baik yang ALLAH gantikan. Sucikan hati.
 
Assalamualaikum.. :) 
 
 
 
 
 
  

2 ulasan: