Suatu
ketika dulu saya juga pernah terbuai dengan madah ‘bakal imamku’
dan 'wahai
pemilik tulang rusukku'
'Wahai bakal
imamku, bilakah kita akan bertemu..'
'Wahai
pemilik tulang rusukku..aku akan mencintaimu kerana ALLAH'
Demikianlah
antara luahan dan harapan seorang gadis biasa tatkala hati mula terdetik untuk
memiliki pasangan hidup. Bukan pasangan biasa biasa yang diimpi, namun hampir semua kita
berharap seorang isteri atau suami yang mampu memberi kebahagiaan, ketenangan
dan tempat untuk perasaan saling berteduh.
Kita harus jadi realistik!!
Buka mata pada banyaknya kebaikan
imam dan berlapang dada serta berhikmah menyingkapi satu dua kelemahannya, kerana begitulah
juga kita mahu kelemahan kita dilayani. Tika imam
itu memilihmu dulu, dia juga merasa ALLAH telah memberinya bidadari nan
penyejuk mata. Kaulah segala-galanya.
Tetapi bila ujian dan keperitan dunia
menghambat, dia juga lelah dan tertekan dengan rengek manjamu yang tak
kesudahan. Dia penat dengan rajuk marahmu. Dia bukan hidup hanya untuk memujuk
dan menghiburkan dirimu. Dia juga mahu dipujuk dan dihiburkan.
Dia mahu bidadarinya yang mampu tampil kuat, berseri,
tenang dan sabar dalam menongkah arus hidup yang tidak tahu bila berakhir. Dia
mahu bidadari yang kuat membangun diri. Akhirnya, baru
saya mengerti bahawa kita wanita juga adalah imam..pemangku IMAM BESAR.
Mungkin kalau imam sempat bermadah, inilah coretannya buat kita bakal pemangku imam:
Wahai gadis bakal
pemangku imam,
Diriku
seorang imam, yang merasa beratnya memikul tanggungjawab imam. Sudikah dikau
membantuku kala diperlukan, menenangkan jiwaku kala kepayahan, menghiburkan
hatiku yang kadang kegundahan, menjadi insan dewasa dan matang ketika diriku
harus keluar meninggalkan dirimu bersama jemaah? Meninggalkan sikap keanak-anakan dan mengada-ngada?
Wahai bakal
pemangku imam, kuatkan iman mu dan pergantunganmu dengan Tuhan.
Hanya ALLAH
pemberi segala. Hanya ALLAH yang memberi bahagia. Hanya ALLAH yang boleh
menghilang sepi dan sedihmu. Jika ALLAH menjadikan diriku wasilah yang membuatmu
terhibur, bahagia dan hilag sepi..sama-samalah kita bersyukur kepada ALLAH...
Benarkah
ingin mencintaiku kerana ALLAH? Baguslah..jika mencintaiku kerana
nafsumu, kau akan hilang bahagia kalau aku tiada, dan derita kalau aku
mahu mencari pemangku imam yang lain...
Moga cinta tulus kita membawa ke syurga..
'...Isteri
adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya
mengenai tanggungjawab kepimpinannya....' (Hadis Bukhari Muslim)
Isteri yang baik ialah...
“Wanita yang membahagiakan (suaminya) jika dipandang, mentaatinya
jika diperintahkan dan tidak menyelisihi berkenaan dirinya dan hartanya dengan
apa yang tidak disukai (oleh suami).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no:
3231]
In shaa ALLAH.. Bakal pemangku imam.. Heeee.. (:

Tiada ulasan:
Catat Ulasan